1. Apa-apa yang berlengan panjang. Bukan orang tetapi baju.
Ya, sweater juga adalah rutin. Dan saat ini aku memakai baju berlengan panjang hitam tertera Minggu Mesra Siswa Julai/Nov 2006 UiTM Sarawak. Walaupun terik membahang diluar sana.
2. Warna merah.
Bila nampak dan pakai merah. It encourages me to relief. Tapi aku hanya ada sehelai sahaja t-shirt berwarna merah yang sudah ku gunting logo Carburetor Dung itu untuk ditampal pada guitar gig bag.
3. Sayuran lembik dan berlendir.
Tidak perlu beri cinta, berikan terung dan bendi, aku mampu hidup.
4. Memasak.
Hebat di dapur sehingga pernah menyebabkan kuali terbakar. Waktu itu aku jarang lihat abang penjual char-kuey-tiow memasak depan aku, lantas aku terus panik dan siram seberapa banyak air. Api begitu menjulang. Ya, dengan riak hero, aku masih selamat.
5. Instruments

Sampai saat aku bernafas ini, aku punya nawaitu mendalam untuk mempelajari keyboard dan guitar sehingga mahir. Tetapi, aku akhirnya berpegang pada prinsip "tak semestinya kita main utk perform depan orang tetapi instrument itu adalah way of expressing our feelings." Jadi aku hanya take it easily on BSL and Enche Bod Bod yang semakin jarang dibelai.
6. Punk rock sampai lubang kubur.
Impak teori pemberontakan terhadap sikat dan baju hitam Ahmad Kamal Abu Bakar. Aku suatu waktu pernah meminta seorang rakan mengambil sweater di atas katil lantas yang diambilnya adalah t-shirt. "Dah semua baju kau hitam, aku pun tak nampak mana satu."
Dan aku adalah salah seorang manusia yang tidak suka menyikat rambut. Ya, aku adalah Robert Smith The Cure. Seorang rakan pernah berkata "kau mandi ke tak mandi ke, muka kau tetap macam tak mandi." Dan semalam aku baru sahaja memotong rambut. Belakang 3 inci. Depan 18 inci. Bersyukur ya rakan-rakan.
7. Boxer
Sampai hari ini, aku adalah pemakai boxer yang tegar, sekalipun memakai kebaya hitam itu. Terima kasih pada Giordano memberi aku dadah untuk hidup.
8. Plain tees
Aku juga adalah pemakai tegar baju kosong tanpa tulisan dan logo. Aku menolak untuk berkongsi persamaan dengan manusia biasa. Dan up to this point, aku mempunyai 11 t-shirt hitam. Terima kasih substance punk rock.
9. Kapitalis
Destroy capitalism! Aku dan Enche Hafifi "Dorian Gray" Ariff (kononnya) menentang kapitalisme. Tetapi bagaimana apabila yang di badan beliau itu adalah baju Lacoste, jam Swatch 0.7 K dan perfume Armani sambil menikmati hidup di Old Town White Coffee. Alololo how sweet.
10. Yang terakhir dan bukannya sedikit. Blogos.
Aku punya obsesi tinggi terhadap penulis-penulis dadah seperti SarahIsTheOne, Abang Neraka, dan Fynn Jamal. Teruskan perjuangan yang belum selesai.
Babi Punya Selesema
8 hours ago
